Laman Sesawang : Https://www.satujohor.net        -        Facebook : Https://www.facebook.com/satujohor        -        Email : admin@satujohor.net

  
  • Samsung Galaxy Note 9 – Phablet Terbaik 2018

    Posted on Ogos 10, 2018 by in Terkini

    Samsung Galaxy Note 9 – Phablet Terbaik 2018

    Samsung Galaxy Note 9 telah dilancarkan sebagai model paling premium Samsung untuk tahun 2018. Seperti biasa, mari kita ambil tahu apa kelebihan dan ciri baru untuk Note series tahun ini.

    6GB RAM + 128GB MEMORI / 8GB RAM + 512GB MEMORI!!
    Ya. Note 9 ditawarkan dalam 2 variasi, yang model paling premium ada 8GB RAM, dan paling dahsyat ada 512GB memori. Tidak cukup disitu, Samsung masih mengekalkan MicroSD slot untuk anda tambah sehingga 500GB lagi, menjadikan Note 9 smartphone pertama yang boleh mencapai 1TB memori.

    12MP Dual Camera + Teknologi AI
    Menggunakan camera module yang sama seperti Galaxy S9+ yang terbukti sebagai antara yang terbaik dipasaran, kini Note 9 ditambah lagi dengan fungsi AI, sama seperti jenama-jenama lain. AI akan mengenal pasti objek yang difokus, kemudian mengubah setting supaya gambar lebih cantik. (Contohnya gambar durian kampung, dia bagi jadi lagi kuning macam Musang King la..)

    Bateri 4000mAh + Fast charging + Fast Wireless Charging
    Note 8 dengan 3300mAh bateri, tapi Note 9 kini dengan 4000mAh, iaitu 21% lebih besar. Samsung mengharapkan dengan bateri besar ini, Note 9 mampu bertahan sehingga 2 hari sebelum dicas. Paling kurang 1 hari guna tak perlu cas lagi.

    Bluetooth S-Pen
    Kekuatan Note Series terletak kepada stylus nya yang dipanggil S-Pen. Kini S-Pen dilengkapi dengan fungsi Bluetooth. Pelbagai fungsi boleh digunakan dengan S-Pen yang ada bluetooth ini contohnya boleh digunakan untuk jadi remote untuk camera, selain pelbagai fungsi istimewa S-Pen yang terlalu panjang nak cerita. Bateri untuk S-Pen tidak perlu dicas berasingan kerana dicas automatik semasa disimpan di dalam Note 9.

    DeX mode – Desktop mudah alih

    Note 9 juga kini cukup berkuasa untuk menjadi DeX mode tanpa perlu membeli aksesori tambahan. DeX mode tu apa? Sebelum ini jika kita beli DeX Pad dan sambung S9+/Note 8, kemudian sambung ke skrin komputer, terus handphone jadi macam komputer. Kini Note 9 cuma perlu disambung terus ke skrin yang ada HDMI port, dan terus skrin tu jadi komputer yang dikuasakan oleh Note 9. Tak perlu laptop untuk kerja ringan lagi.

    Water Carbon Cooling System
    Tidak cukup hanya dilengkapi dengan processor terkini dan RAM besar, Note 9 juga ada water cooling system, supaya bila kegunaan berat seperti bermain game, tak panas dan prestasi tinggi boleh dikekalkan sepanjang masa. Dengan water cooling system ini, Note 9 boleh mengawal haba 3 kali ganda lebih baik dari smartphone biasa.

    Selain ciri di atas, spesikasi lain adalah seperti dijangka untuk model premium Samsung, iaitu 1P68 water resistant, Iris Scanner, Fingerprint sensor, 6.4″ Super AMOLED display, stereo speakers, USB type C, Bluetooth 5.0, heart rate sensor dan sebagainya seperti S9+.

    Galaxy Note 9 kini boleh di Pre-Order (deposit RM300 sahaja) dengan kami pada harga di bawah:

    6GB+128GB >>RM3,699
    (FOC) Jam Samsung Gear Sport (RM1,219)

    8GB+512GB >>RM4,599
    (FOC) Jam Samsung Gear Sport (RM1,219) + Gear Sport strap (RM93) + Wireless Charger Pad (RM219)

    Pilihan warna: Ocean Blue, Midnight Black, Metallic Copper

    Pembelian Pre-Order dengan KGN juga akan mendapat free gift tambahan, special dari kami.

    https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/

    Leave a comment