Laman Sesawang : Https://www.satujohor.net        -        Facebook : Https://www.facebook.com/satujohor        -        Email : admin@satujohor.net

  
  • Perhatian Untuk Pengguna2 Lebuhraya Laluan Kontra Di Antara Rawang Selatan Dan Sungai Buaya Pada 13 Dan 14 JUN

    Posted on Jun 13, 2018 by in Semasa

    PLUS BUKA LALUAN KONTRA DI ANTARA RAWANG SELATAN DAN SUNGAI BUAYA UNTUK MENYURAIKAN TRAFIK KE UTARA PADA 13 DAN 14 JUN

    Bagi membantu menyuraikan trafik yang menghala ke Utara pada 13 dan 14 Jun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di antara Persimpangan Bertingkat Rawang Selatan dan Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan.

    Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “Laluan kontra untuk kenderaan ringan (Kelas 1) tersebut akan mula diaktifkan seawal jam 6:00 pagi dan berakhir pada 7:00 malam pada 13 dan 14 Jun ini. Oleh itu, PLUS menasihatkan agar orang ramai yang melalui kawasan terbabit supaya mematuhi arahan serta semua papantanda yang disediakan.”

    PLUS turut menasihatkan pengguna yang ingin keluar ke Persimpangan Rawang Selatan, Rawang atau singgah di R&R Rawang agar tidak memasuki laluan kontra terbabit, tetapi terus menggunakan laluan kiri yang sedia ada untuk memudahkan mereka memasuki persimpangan yang berkaitan.

    “Selain Rawang Selatan-Sungai Buaya, PLUS juga telah mengenal pasti 6 lagi lokasi tambahan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan yang berpotensi untuk pengaktifan laluan kontra bagi membantu melancarkan pergerakam trafik iaitu di antara Seremban-Senawang, Hentian Sebelah Rawang-Sungai Buloh, Ayer Keroh-Jasin, sekitar Bukit Moakil, Simpang Renggam-Sedenak serta Senai Utara-Kulai. Namun begitu, lokasi laluan kontra tambahan ini hanya akan dibuka bergantung kepada keperluan dan kesesuaian keadaan trafik,” tambah Zakaria.

    PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

    Leave a comment