Zii Jia Ke Separuh Akhir, Tumbangkan Juara Dunia

Zii Jia ke separuh akhir! Cukup mendebarkan di set terakhir tadi. 😅 Zii Jia mengekalkan momentumnya untuk bangkit menang ke atas lawan tadi.

Tumbangkan juara dunia, Zii Jia ke separuh akhir

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia terus mempamerkan aksi mantap pada kejohanan Terbuka Indonesia apabila menempah tiket ke separuh akhir selepas mengalahkan juara dunia Loh Kean Yew, sebentar tadi.

Di petik laman Harian Metro, Perlawanan yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta itu menyaksikan pemain perseorangan utama negara itu diberi tentangan sengit oleh lawannya dari Singapura itu sebelum mengesahkan kemenangan dalam pertarungan tiga set 21-18,16-21, 22-20.

Walaupun, pada set penentuan pemain nombor enam dunia itu ketinggalan namun ternyata pengalaman dimiliki Zii Jia menyaksikan dia mampu bangkit sebelum memastikan kemenangan berpihak kepadan wakil negara itu.

Turut mengesahkan tempat di separuh akhir adalah pasangan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas mereka menumpaskan wakil dari tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan 14-21, 21-12, 22-20.

Kemenangan Aaron-Wooi Yik itu bukanlah mudah kerana mereka terpaksa berhempas pulas dalam tempoh 56 minit sebelum berjaya menundukkan pasangan Indonesia itu.

Sementara itu, lawan Zii Jia pada separuh akhir bukanlah mudah apabila dia bakal bertemu pemenang di antara pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan pilihan kelima perlawanan, Anthony Sinisuka Ginting

Mengikut rekod, Ginting menjadi batu penghalang kepada Zii Jia untuk meraih kejuaraan Masters Indonesia baru-baru ini apabila pemain negara itu tewas 21-18, 16-21, 15-21 di pusingan suku akhir. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?