Zii Jia Gagal Mara Ke Final, Terbuka Indonesia

Pertemuan kali ke-7 tadi berpihak kepada jaguh no.1 dunia. Zii Jia berjuang habis-habisan tapi nasib tak menyebelahinya untuk ke final. Rubber set yang sangat dramatik. Comeback stronger Zii Jia!

Zii Jia kandas di separuh akhir badminton Terbuka Indonesia

Hasrat Lee Zii Jia untuk melakukan kejutan ke atas pemain No.1 dunia, Victor Axelsen di separuh akhir badminton Terbuka Indonesia tidak kesampaian.

Di petik dari laman Utusan Malaysia, Dalam Aksi di Stadium Istora Senayan sebentar tadi, Zii Jia memberikan tentangan sengit sebelum tewas kepada juara Olimpik itu dalam aksi tiga set 21-19, 11-21, 21-23.

Dalam set pertama, Zii Jia mendominasi perlawanan dengan jurang mata yang sangat dengan Axelsen sebelum pemain profesional negara itu menang 21-19.

Bersambung set kedua, Axelsen seolah-olah dapat membaca rentak permainan Zii Jia selain pemain perseorang utama negara itu dilihat melakukan beberapa kesilapan mudah.

Dalam set penentuan Zii Jia yang kini menghuni kedudukan No.5 dunia mendahului permainan sebelum Axelsen mengikat kedudukan pada 12-12 dan mula mendahului sehingga 20-17.

Selepas itu, Zii Jia memperkemaskan aksinya dan berjaya mengikat kedudukan 20-20 namun, Axelsen menampil pukulan berbisanya untuk menang 23-21 dalam aksi memakan masa sehingga sejam 10 minit.-UTUSAN ONLINE

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?