YJDT Save the Earth & Clean Campaign di Pulau Tinggi, Mersing

Yayasan JDT bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu YJDT Save the Earth & Clean Campaign di Pulau Tinggi, Mersing pada 19 Mac 2021.

Aktiviti pembersihan pantai di sekitar Pulau Tinggi dan projek pengindahan pondok wakaf Pulau Tinggi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kebersihan alam sekitar serta menyantuni penduduk kampung tersebut.

Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah YB. Dato’ Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan JDT, Tuan Hj On bin Jabbar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan JDT, Encik Raja Haji Fouzeel Akmal bin Raja Haji Zainal – Pengurus Besar Yayasan JDT, Puan NurSoraya Abd Rahman – Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat KPRJ dan Puan Nur Hafizah Binti Ahmad – Ketua Penolong Pengarah JKMNJ.

Komen Anda?