YDH Ketua Polis Johor Pantau Sekatan Jalanraya (SJR) Plaza Tol Skudai

JohorBahru, 10 November 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, KETUA POLIS JOHOR telah membuat lawatan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops Covid-19 di Kawasan Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Lawatan ini adalah untuk memantau serta melihat tindakan dan perlaksanaan tugas penugasan Ops Covid-19 bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain itu juga dapat beramah mesra dengan anggota yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR). Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKPB ini.

Turut sama dalam lawatan YDH SAC RAZIMI BIN AHMAD, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor, YDH SUPT TOK BENG YEOW, Ketua Polis Daerah Kulai serta Pegawai-pegawai Kanan IPD Kulai

PrihatinPDRMJohor

Komen Anda?