YB Menteri Kesihatan Dan Menteri Besar Johor Sambut Ketibaan Vaksin Di Johor

JOHOR BHARU, 21 FEBRUARI 2021 – Sejurus selesai menyambut ketibaan vaksin di KLIA pagi tadi bersama YB Menteri MOSTI dan YB Menteri Pengangkutan, YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba terus bergerak ke Johor Bharu bagi menyambut ketibaan vaksin di negeri tersebut bersama YAB Menteri Besar Negeri Johor, Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad pada jam 2.00 petang ini.

Photo by Dr Adham Baba

YB Menteri Kesihatan dan YAB Menteri Besar Negeri Johor terus ke laluan bas BSI dan bergerak ke Tambak Johor bagi menyambut ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech yang dibawa dengan kenderaaan DHL daripada Singapura.

Bagi negeri Johor, sejumlah 73,710 dos telah dihantar ke empat Pusat Simpaan Vaksinasi (PSV). Daripada situ, vaksin ini akan diedarkan ke seluruh 54 Pusat Pemberian Vaksian (PPV) yang ada di seluruh negeri Johor. Petugas barisan hadapan di negeri Johor adalah golongan pertama yang akan menerima vaksin ini secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.

Photo by Dr Adham Baba

Vaksin yang dibawa menggunakan trak DHL ini adalah kumpulan pertama vaksin yang sama tiba di KLIA pagi tadi daripada kilang Pfizer-BioNTech di Puurs, Belgium. Semoga dengan kehadiran vaksin ini dapat memberi harapan baru buat semua rakyat Malaysia dalam peperangan kita melawan COVID-19 ini.

Insyallah #KitaMestiMenang

Sumber : Dr Adham Baba

Komen Anda?