Yayasan Sultan Ibrahim Johor Menyumbang Peralatan Perubatan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) amat berbesar hati menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta daripada Sultan Ibrahim Johor Foundation yang bekerjasama dengan Yayasan Temasek dari Singapura di Istana Pasir Pelangi hari ini.

Photo by Khairy Jamaluddin

Peralatan perubatan tersebut antaranya
adalah 400 unit ventilator Non Invasive (BIPAP) dan mesin hemodialisis untuk kegunaan KKM yang bukan sahaja penting dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 kini, tetapi juga untuk pengoperasian penjagaan kesihatan pada pasca pandemik nanti.

Sumbangan tersebut termasuklah pelbagai peralatan perubatan bernilai RM10 juta kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKN Johor) seperti pelindung muka, pelitup muka KN95, ventilator, mesin dialisis, swabbing mobile dan BIPAP.

Photo by Khairy Jamaluddin

Selain JKN Johor, sumbangan ini akan diagihkan kepada fasiliti kesihatan di seluruh negara dan turut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan menyempurnakan sumbangan tersebut.

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Ribuan terima kasih tentunya kepada YSIJ yang diwakili oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh dan Yayasan Temasek atas sumbangan tersebut serta Pengarah Kesihatan Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu yang turut hadir pada majlis hari ini. KJ

“Daulat Tuanku”

KKM, JKNJ terima peralatan perubatan bernilai RM28 juta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura itu membabitkan pelbagai peralatan perubatan untuk kegunaan di hospital kerajaan dalam merawat pesakit.

Dalam hantaran terbaru di Facebook, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini. 

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Hadir sama, Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh.

KKM menerima sumbangan 400 unit ventilator Non Invasive (BIPAP) bernilai lebih RM8 juta, manakala JKNJ menerima pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM10 juta. 

Peralatan perubatan diterima JKNJ adalah pelindung muka, pelitup muka KN95, ventilator, mesin dialisis, swabbing mobile dan BIPAP.

Beberapa peralatan perubatan lain disampaikan kepada JKNJ sebelum ini. Sumber : Harian Metro

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?