Yang Di-Pertuan Agong Mengajak Seluruh Rakyat Menghargai Serta Menjaga Kemerdekaan Dan Keamanan

31 Ogos 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 di Dataran Pahlawan, Putrajaya, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Sambutan Hari Kebangsaan 2020 hari ini berlangsung mengikut amalan normal baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan Hari Kebangsaan 2020.

Pada 31 Ogos 1970, Yang di-Pertuan Agong keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menyampaikan Titah Diraja sempena pemasyhuran Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.

📸: @istana_negara

Picture : Istana Negara
Picture : Istana Negara
Picture : Istana Negara

31 Ogos 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketika berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 di Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Picture : Istana Negara
Picture : Istana Negara

Sumber : Istana Negara

KEMERDEKAAN | Agong Ajak Rakyat Hargai, Jaga Kemerdekaan Yang Dikecapi

Yang Di-Pertuan Agong mengajak seluruh rakyat menghargai serta menjaga kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara.

Komen Anda?