fbpx

Welcome To JDT, Liridon Krasniqi

Liridon Krasniqi sah menjadi pemain baharu JDT. Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh JDT menerusi Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

‘FB LIVE UPDATE’ SIDANG MEDIA KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU RAJA

Welcome Liridon Krasniqi

‘FB LIVE UPDATE’ MAJLIS MENANDATANGANI KONTRAK PEMAIN BAHARU JDT | LIRIDON KRASNIQI

Liridon sah milik JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sah mendapatkan khidmat bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi bagi memperkuatkan cabaran skuad Harimau Selatan itu bagi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau percaya impak yang mampu disumbangkan Liridon kepada juara enam kali Liga Super itu dan yakin pemain berusia 27 tahun itu masih berada pada prestasi terbaik untuk mengharungi saingan liga.

“Sudah tentu saya tidak pernah tengok dia bekerja keras seperti ini. Buat masa ini jurulatih serta jurulatih kecergasan dan pengurus pasukan berpuas hati dengan tahap kecergasan Liridon.

“Kami sebenarnya agak terkejut kerana kami dengar khabar angin dia merupakan seorang pemain yang bermasalah. Namun selepas saya tengok kerja keras, dedikasi dan disiplinnya, dia merupakan seorang pemain yang profesional,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak antara Liridon dan JDT, sebentar tadi.

Sebelum ini, spekulasi perpindahan Liridon ke JDT sudah beberapa minggu diperkatakan selepas dia dilihat menjalani latihan bersama pasukan itu.

Liridon pernah bersama Kedah selama tiga musim iaitu pada tahun 2015 hingga 2018 sebelum berhijrah ke Melaka United pada 2019 namun kerap dibayangi dengan masalah kecederaan.

Tunku Ismail juga mengakui Liridon berada pada motivasi terbaiknya selepas menyertai JDT.

“Kami hargai dedikasinya bersama pasukan dan kami akan sentiasa memantau prestasinya. Dia merupakan seorang pemain hebat dan lebih bermotivasi apabila menyertai pasukan seperti JDT ini.

“Dia pun sedar dia bukan ‘superstar’ dan dia kena berusaha untuk mendapatkan tempat dalam pasukan seperti pemain lain,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Komen Anda?
Related Post
Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

“Daulat Tuanku”, Saya Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Anda Dan Keluarga Anda

Berikutan penularan wabak coronavirus di negara ini, Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil Read more

DYAM Tunku Mahkota Ismail Dan KDYMM Tengku Hassanal Berangkat Menunaikan Solat Jumaat Bersama Rakyat

Daulat Tuanku... Alhamdulillah... Semuga Allah SWT Peliharakan Tuanku Dan Melindungi Tuanku... Aamiin Yarrabbal Alamiin... DYAM Read more

JDT Menyambut Serta Menyokong Persatuan Bola Sepak Kudung Malaysia

“Bola sepak menyatukan semua pemain dan penyokong dari seluruh pelusuk dunia" Semoga berjaya Harimau Kudung. Read more