Johor Darul Ta’zim mengesahkan penyerang mereka iaitu Syafiq Ahmad akan kembali semula ke skuad Harimau Selatan daripada pinjamannya di Kedah Darul Aman FC.
Beliau akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa ini.
Perkara mengenainya diberitahu menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.
WELCOME BACK SYAFIQ AHMAD!
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 20, 2022
Johor Darul Ta'zim FC will recall Syafiq Ahmad from his loan stint at Kedah Darul Aman FC. He will rejoin the JDT squad after the International break. pic.twitter.com/RM4GYzXcUT
Kini Syafiq Ahmad kembali memperkuat Jentera serangan Johor Darul Ta’zim selepas tamat cuti antarabangsa. Liga M yang akan bercuti hampir sebulan untuk memberi laluan pada Skuad Negara menyertai perlawanan antarabangsa. Selain itu JDT yang melakar sejarah juga akan menghadapi perlawanan penting setelah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL).
Lebih manis, keputusan perlawanan akhir peringkat Kumpulan I menyaksikan skuad Benjamin Mora menamatkan saingan sebagai pendahulu kumpulan untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Sedia maklum 29 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Khamis, 19 Mei 2022 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Brunei pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022,
Seterusnya tiga perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), kesemuanya akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Siaran Media: Senarai 29 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 19 Mei 2022
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 17, 2022
▶️ Baca penuh di https://t.co/98W4KPGEqH#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/XpHs8YS4wz
- Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang, MFL Kaji Cadangan
- Dua Gol Ifedayo Omosuyi Bantu Melaka Tewaskan Selangor FC
- Skuad B-19 Negara Memulakan Kempen Kejuaraan AFF B-19 Dengan Langkah Kanan
- Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani, Muar
- Sasar 3 Mata Penuh Berdepan Kemboja, Skuad B-19
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.