Warga Emas Terperangkap Dalam Banjir Kilat

Dua warga emas terperangkap akibat banjir kilat yang melanda Jalan Lurah 19, Kempas, Johor Bahru tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.28 tengahari, selepas hujan berterusan sejak pagi tadi.

Difahamkan dua warga emas terbabit enggan berpindah meskipun rumah mereka telah dinaiki air sedalam satu meter.

Pegawai Operasi Balai bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Tinggi Bomba, K. Karuppannan berkata, Tindakan warga emas terbabit yang enggan berpindah menyebabkan anggota bomba mengambil keputusan melakukan pemantauan dan bersedia membantu mereka sekiranya paras air makin meningkat.

Sumber : Buletin TV3

 33 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?