Wang Kemenangan JDT Disumbangkan Kepada Frontliners

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencipta satu lagi sejarah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila muncul juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak tahun 2014.

Photo by The Photoshooterz

WANG KEMENANGAN KEJUARAAN KALI KE 8 DIDERMAKAN KEPADA KELUARGA FRONTLINER

JDT mendedikasikan gelaran Liga Super Malaysia kali ke 8 yang baru di menangi kepada semua barisan hadapan seluruh negara yang berusaha keras sepanjang wabak Covid-19 ini.

Photo by The Photoshooterz

Lebih manis dan istimewanya lagi, kejayaan tersebut didedikasikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada semua petugas barisan hadapan yang bekerja sepenuh hati ketika penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda di negara ini.

Photo by The Photoshooterz

Paling deep🥺 hadiah RM 1 juta di serahkan terus pada Frontliner seluruh Malaysia. Alhamdulillah🤲

Usaha JDT ini turut mendapat pujian daripada penyokong setia dan mereka berharap sumbangan yang bermakna ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh barisan petugas hadapan.

Terima Kasih Petugas Hadapan

Komen Anda?