Wajah Terbaru Adik Ainul Selepas Rawatan, Muka Comei

Syukur Alhamdulillah

Kakak, hari ni bergema lagi nama kakak ?

Hari ni ramai yang ucapkan syukur kepada Allah setelah Allah berikan pertolonganNya kepada kakak dan Allah telah memakbulkan doa kami semua.

Sayang, cepat sihat ye!

Thank you Mr Juling Ong! ( Craniofacial Consultant Surgeon )

Mr Ong adalah orang paling kanan dalam rawatan ainul semalam.

Dan dia sangat gembira tengok keadaan ainul.

Pagi tadi ainul dah sedar dan di stabil. Tiada apa-apa komplikasi setakat hari ini.

Tapi walaubagaimana pun, ainul tetap diberikan ubat tidur supaya ainul dapat rehat.

Luka pembedahan masih baru, dan semestinya ainul akan rasa sakit jika dia bangun. Jadi, mereka rehatkan ainul supaya dia lebih selesa.

Terima kasih rakyat malaysia, keluarga dan sahabat sahabat baru sebab mendoakan ainul.

Saya tak mampu nak berkata apa-apa ketika ini, tapi saya teringin nak post bendera malaysia di FB sebab nak tunjuk bahawa tanpa mengira agama dan bangsa, anda semua telah membuatkan Ainul berjaya hari ini ( izinNya )

Tanpa doa dan sokongan dari kalian, mungkin ainul dan kami tidak akan sampai ke tahap ini.

Anda, Rakyat Malaysia,

kami doakan Tuhan memberikan kebaikanNya dalam kehidupan anda semua!

Semalam, Mr Juling Ong ( Doktor Ainul ) ucap ;

” MALAYSIA BOLEH! ”

Comelnya Ainul Mardhiah

“AINUL nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.

Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.

Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembedahan membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaya.

“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.

Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.

Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments