fbpx

[Video] Sultan Johor Ucap Tahniah Kepada Tengku Abdullah

“Daulat Tuanku. Tahniah diatas pertabalan sbg sultan Pahang yg baru. Semuga negeri Pahang bertambah aman dan makmur dibawah payung duli Tuanku. Muga Tuanku dipanjang umur dan diberikan kesihatan yg baik utk menjalankan tugas sbg sultan. Daulat Tuanku”

Kuala Lumpur 12 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan dimasyurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

“Merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah atas pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang,” titah Sultan Ibrahim dalam Facebook baginda hari ini.

Tengku Abdullah yang merupakan Pemangku Raja Pahang, diangkat sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui oleh kerabat dan ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri yang bersidang di Kuala Lumpur semalam.

Pengumuman berhubung pelantikan berkenaan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar hari ini.

Tengku Abdullah akan dimasyhurkan pada Selasa depan.-UTUSAN ONLINE

SIDANG MEDIA YAM TENGKU MUDA PAHANG, TENGKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ IBNI SULTAN AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH – 12 Jan 2019 (Sabtu) Bilik Menghadap Utama, Istana Abu Bakar Pekan.

》Memaklumkan keputusan mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Muda Pahang telah meluluskan Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang seperti berikut:-

》 “Pindaan terhadap Undang2 Tubuh Kerajaan Pahang bagi masukkan peruntukan baru iaitu Perkara 9A ke dalam Bahagian 1 Undang2 Tubuh Kerajaan Pahang bagi membolehkan seseorang Sultan diturunkan tahta atas sebab kegeringan yang besar dan berat”.

》 Keputusan mesyuarat telah membuat keputusan memilih KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj sebagai Sultan Pahang Ke-6 berkuatkuasa hari ini 12 Jan 2019.

》YAM Tengku Muda Pahang turut memaklumkan :

~ Istiadat Pemasyhuran KDYMM Sultan Pahang Ke-16 akan berlangsung pada 15 Jan 2019 pada pukul 11 pagi di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.

~ KDYTM Tengku Puan Pahang akan dimasyhurkan KDYMM Tengku Ampuan Pahang.

~ Mulai hari ini gelaran bagi Sultan Haji Ahmad Shah telah dicadang dan diperkenankan oleh KDYMM Pemangku Raja sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

~ Manakala gelaran Sultanah Pahang ialah DYMM Sultan Kalsom.

~ Istiadat Pertabalan Sultan Pahang Ke-6 akan diadakan dalam tempoh setahun pemerintahan baginda.

DAULAT TUANKU & DIRGAHAYU TUANKU

Sumber : Hj Rbo Rahim

Video:-

Komen Anda?