[Video] DYMM Sultan Johor Ke Majlis Sambutan Hari Thaipusam Peringkat Negeri Johor

Menjunjung Kasih Di Atas Keberangkatan DYMM Sultan Johor ke Majlis Sambutan Hari Thaipusam Peringkat Negeri Johor bersama masyarakat India di Kuil Thendayuthapani, Jalan Kuel, Johor Bahru.

Negeri Johor aman makmur hidup berbilang kaum, agama dan budaya.

DAULAT TUANKU !!!

‘Hadiah untuk Tuanku’ 

“INI hadiah kami buat Tuanku,” kata Pengerusi Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel, Wadi Hana, Johor Bahru, C Vateemalee mengenai potret istimewa dihadiahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini.

Beliau berkata, potret itu ditempah khas daripada pelukis berbakat dari Chennai, Tamil Nadu, India, yang diolah dari gambar Sultan Ibrahim ketika Program Kembara Mahkota Johor.

“Kebetulan seorang daripada kakitangan kuil mengenali pelukis terbabit dan kami membuat tempahan khas sempena keberangkatan tiba Tuanku di majlis sambutan Thaipusam hari ini.

“Karya dihasilkan sangat menarik dan ia tiba di negara ini dua hari lalu melalui wakil kami yang berada di negara terbabit ketika itu,” katanya ditemui di kuil itu hari ini.

Katanya, dia tidak sangka Sultan Ibrahim gembira menerima potret terbabit, malah menerima tepukan ramai sebaik ia diserahkan.

Sementara itu pengunjung, Kamala Rajoo berkata dia sangat gembira melihat kehadiran Sultan Ibrahim ke majlis seperti itu, selain menyifatkan Baginda individu mesra rakyat.

“Saya memang cukup gembira dan melihat dari jarak dekat, Baginda memang seorang yang mesra rakyat,” katanya yang hadir ke situ jam 9.30 pagi.

Seorang peniaga, R Sugumar, 44, berkata, ini tahun ke 10 dia membuka gerai bagi menyampaikan pelbagai hidangan secara percuma kepada pengunjung di kuil terbabit.

“Kali ini saya menyediakan kira-kira 1,000 bungkus nasi goreng dan bihun goreng tomyam vegetarian, selain nasi lemak yang mendapat permintaan tinggi setiap tahun.

“Pada sebelah petang, saya menyediakan susu masam, mangga dan strawberi lasi dan malam ini pula menu kek vegetarian, samosa dan popia,” katanya.

Terdahulu tinjauan di kuil itu mendapati penganut agama Hindu bertali arus mengunjungi kuil berkenaan dan ia berlangsung sejak malam tadi.

Pelbagai gerai dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai terutama mereka yang menunaikan niat atau nazar membeli makanan sepanjang majlis berlangsung, selain tidak kurang bersedekah dengan memberikan hidangan percuma.

Sumber : Harian Metro

Video:-

SULTAN IBRAHIM HADIR SAMBUTAN THAIPUSAM PERINGKAT JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang sentiasa menitikberatkan perpaduan serta keharmonian dalam kalangan Bangsa Johor, hari ini (21 Januari) berkenan berangkat ke Kuil Arulmigu Thendayuthapani, Wadi Hana, Johor Bahru.

Ketibaan Tuanku Sultan Ibrahim di perkarangan khemah utama kuil pada jam 12 tengah hari disambut ribuan masyarakat India sempena sambutan Thaipusam hari ini.

Berangkat sama, YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Turut hadir, menyambut ketibaan Baginda ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Johor, Dr S Ramakrishnan serta Pengerusi Kuil, Dr C. Vatemalee.

Dalam pada itu, Dr C. Vatemalee turut menzahirkan ucapan penghargaan ke atas keberangkatan Baginda ke kuil itu pada tahun ini.

“Kami amat berbesar hati dengan keberangkatan Baginda dan kehadiran ribuan masyarakat India pada hari ini juga jelas menunjukkan bahawa Sultan Ibrahim amat disayangi oleh Bangsa Johor tanpa mengira kaum mahupun agama,” katanya.

Pada majlis itu, pihak Jawatankuasa Kuil juga menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Tuanku Sultan Ibrahim meluangkan masa selama hampir sejam selain turut berangkat ke majlis santapan tengah hari sebelum berangkat pulang.

FB : Osman Sapian

Mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Nrgeri Johor, 2019 di Kuil Arulmigu Thendayuthapani, Jalan Kuel, Wadi Hana.

Turut berangkat, Yang Amat Mulia, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Sebagai sebuah negeri yang berbilang kaum, kita amat bertuah setiap kaum bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana yang harmoni. Malah turut disambut oleh kaum-kaum lain dengan semangat muafakat.

Marilah kita bangsa Johor mengukuhkan ikatan permuafakatan ini kerana tanpanya, tiada kejayaan yang mampu kita capai.

#MuafakatItuBerkat

 72 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?