(Video) Adik Ainul Mardhiah Dah Dapat Kaki, Tapi Masih Dalam Fasa Mengimbangkan Badan

Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu selain melihat anak-anak sihat dan membesar dengan baik. Begitu juga dengan Ahmad Safiudin & Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi berita gembira tentang anaknya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiudin.

Kisah perjalanan bayi perempuan penghidap ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah yang mendapatkan rawatan hingga ke London telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak tahun lepas.

Malah, menerusi Video terbaharu berdurasi 30 saat itu yang dikongsi bapanya, Ahmad Safiudin di akaun Facebook menunjukkan Ainul dah dapat langkah banyak👏, dapat dilihat Ainul sudah boleh berjalan tanpa perlu dipapah oleh ibu atau bapanya lagi.

Alhamdulillah. After 2 yrs.

Ainul Mardhiah, 2 tahun 4 bulan.

Di hujung video, ainul buat breakdance sikit hahaha, dia terjatuh.

_nrlerwani Alhamdulillah yeayy Ainul dah dapat langkah banyak👏.

Kalau belajar berjalan ni tak jatuh tak syok lah kan Ainul. Itulah moment yang best😆

Photo by Ahmad Safiudin

Semalam Ainul dah dapat lesen kaki. Tapi dia masih dalam fasa mengimbangkan badan. Banyak kali juga dia jatuh, tapi its ok. Itu proses yang normal.

Dua minggu lepas jumpa Doktor Ainul di GH Melaka. Alhamdulillah Doktor dah bagi lesen pada ainul untuk off oksigen waktu siang tapi dengan syarat mesti pantau betul-betul. Bila nampak ainul sesak nafas, letih letih atau kebiruan, perlu on oksigen serta merta.

Alhamdulillah, so far Ainul nampak normal walaupun off oksigen sejam dua. Tapi malam Doktor minta pakaikan Ainul oksigen ketika tidur.

Untuk perkembangan sosial ainul, Teacher ainul cakap dia dah semakin fokus and banyak perkara baru yang dia dah belajar. Perkembangan dia sekarang sama seperti budak setahun lima bulan.

Ada delay sikit. Tapi tak mengapa. Hidup bukan satu perlumbaan. Take time, inshaAllah suatu hari nanti ainul dapat berdiri dan berlari sama macam kanak-kanak lain.

Sumber : FB Ahmad Safiudin

Semoga Ainul terus sihat dan membesar jadi insan yang berguna untuk agama, keluarga dan masyarakat.

Komen Anda?