Utamakan Keselamatan, Misi Tewaskan Indonesia

Presiden FAM Yakin Harimau Malaya Mampu Kutip Tiga Mata Di Jakarta

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin optimis dengan kemampuan Harimau Malaya membawa pulang tiga mata pada perlawanan menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini sedang berdepan cabaran perlawanan awal Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan bertemu Indonesia, Khamis ini dan UAE pada 10 September di laman sendiri.

“Pasukan hakikatnya buat persiapan sejak tahun lepas lagi.

” Saya ada keyakinan bahawa Harimau Malaya boleh bermula dengan tiga mata.

“Rekod kita dengan Indonesia juga agak baik, jika dilihat dari pengalaman kita menentang mereka di SEA Games dan Kejuaraan AFF. Jadi tidak mustahil untuk kita mencipta kemenangan,” katanya selepas Majlis Doa Selamat sempena mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan di kediamannya, hari ini.

Harimau Malaya berjaya mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2011 dengan kemenangan skuad B-23 kebangsaan menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 ke atas Indonesia manakala turut menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan memenangi agregat 4-2 ke atas skuad Garuda, kedua-duanya di Gelora Bung Karno.

“Hari ini, mari kita berdoa kepada Tuhan untuk kejayaan pasukan kebangsaan di sana dan supaya perjalanan kita semua dipermudahkan.

“Bagi saya, pemain hanya perlu fokus pada perlawanan dan jangan hiraukan mengenai perkara seperti keselamatan umpamanya.

“Dari segi keselamatan semuanya sudah terjamin, malah pasukan keselamatan bersama PDRM sudahpun kesana hari ini untuk pemantauan,” katanya.

#FAM #HarimauMalaya

Utamakan Keselamatan, Misi Tewaskan Indonesia

Dua perkara menjadi agenda utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila pasukan kebangsaan memulakan kempen Pusingan Dua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Khamis ini.

Pertama, menitik beratkan aspek keselamatan ketika bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kedua, tiga mata penuh dengan misi menewaskan Indonesia.

PREVIEW : MENUJU PERLAWANAN PERTAMA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 INDONESIA VS MALAYSIA

Perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Indonesia menentang Malaysia bakal membuka tirainya dalam 3 hari lagi. Perlawanan pertama ini penting bagi kedua-dua pasukan dalam mencari rentak permulaan yang cemerlang.

Rekod pertemuan Indonesia – Malaysia pada 5 perlawanan rasmi terakhir menunjukkan Indonesia menang 3 perlawanan dan Malaysia menang 2 perlawanan. Pertemuan terakhir ialah pada perlawanan persahabatan September 2016 di mana Indonesia mencatatkan kemenangan 3 – 0 ke atas Malaysia.

Indonesia pada mulanya dikhabarkan bakal membariskan 6 pemain naturalisasi pada perlawanan menentang Malaysia 5 September nanti, tetapi hanya mampu berpuas hati dengan 4 orang sahaja pemain naturalisasi setelah Greg Nwokolo dan Otavio Dutra tidak dapat disenaraikan kerana masalah kecederaan dan taraf warganegara.

Malaysia pula hadir dengan kembalinya Brendan Gan dalam skuad kebangsaan yang bakal menambah nilai bahagian tengah skuad kebangsaan Malaysia. Di bahagian serangan, Norshahrul Idlan Talaha bakal mengetuai serangan Malaysia untuk merobek kubu pertahanan Indonesia.

Diharapkan Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan keatas Indonesia nanti.

AYUH SEMARAKKAN SOKONGAN KEPADA HARIMAU MALAYA!

#HarimauMalaya

#demiMalaysia

Komen Anda?