Ustaz Ebit Lew Sediakan ‘Foodbank’ Bantu Orang Ramai

Ustaz Ebit Lew merupakan ikon yang dikenali ramai kerana sifatnya yang sering membantu orang yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Usaha beliau ini turut mendapat pujian ramai.

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart

Terkini, Ebit memperkenalkan sistem foodbank di kedai serbanekanya di Elewsmart. Foodbank ini ditubuhkan untuk memberi barangan keperluan asas kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya tanpa perlu membayar.

View this post on Instagram

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menerusi video tersebut, Ebit menunjukkan almari foodbank yang mengandungi pelbagai barangan asas keperluan. Barangan tersebut merupakan beras, gula, tepung, dan mi segera.

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.

Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat
FoodBank
Take What You Need
Give What You Can

Komen Anda?