Ustaz Ebit Lew Hadir Memberikan Sumbangan Kepada Pengayuh Beca

MELAKA, 5 Disember 2020- Ustaz Ebit Lew hadir memberikan sumbangan kepada pengayuh beca di Banda Hilir, Melaka.

Alhamdulillah, seronok abang-abang beca dapat sumbangan. Terima kasih, Ustaz Ebit Lew 😊

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Ebit Lew, Ustaz Ebit Lew hadir memberikan sumbangan kepada pengayuh beca di Banda Hilir, Melaka.

Photo by FB Ebit Lew

Sebak jer tengok 150 orang abang beca dan pakcik beca di Melaka. Hari ini hadiahkan 150 set barang dapur dan duit poket sedikit untuk semua abang beca. Sedih rasa hati. Musim pkp ini teruk juga mereka. Mereka buat banyak kerja lain juga. Cuma yang pakcik-pakcik mereka tetap bawa beca.

Photo by FB Ebit Lew

Ada yang jual burger, bawa grab dan semualah yang boleh sara diri dan keluarga. Ramai ucap terima kasih. Sudi hadir beri semangat dan doa. Beri sedikit sumbangan untuk mereka. Ya Allah berat yer ujian mereka. Mereka harapkan mereka yang bercuti dari kl dan johor. Dan negeri lain untuk memeriahkan suasana.

Photo by FB Ebit Lew

Cantik-cantik beca. Waktu malam dengan lampu, lagu dan bentuk. Hello kitty. Mickey mouse. Spiderman. Nanti saya nak bawa bidadari dan anak saya insyaAllah. Semoga industri perlancongan dapat dipulihkan dan covid19 juga hilang segera insyaAllah-ebitlew

Doakan Semoga Ebit Lew Dipermewahkan Rezki..🀲

alhamdulillah rezeki org beca..terima kasih yang tak terhingga kepada UEL(Ustaz Ebit Lew) sudi menjenguk dan menyampaikan bantuan yang In Sha Allah dpt membantu kami pengayuh beca melaka..semoga ustaz dilimpahkan rezeki dan sihat selalu agar dapat membantu ramai lagi rakyat malaysia yang memerlukan..terima kasih sekali lagi. Credit : Wan Nurul

Photo by Wan Nurul

 27 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?