fbpx

Undang Sebak Apabila Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Sekolah

Satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui laman facebooknya ternyata mengundang hiba ramai. Di sekolah tempat guru ini mengajar, terdapat seorang anak kecil hadir bersama ibu bapanya yang buta.

Sentap hari terakhir tahun 2019…
Hari ni terima murid Tahun 1…
Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020..

Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya… yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah..😭

Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik..
Kuatnya kamu wahai anak… Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini… 😭

Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat😭

“mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”

Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?”
Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tp si anak explain mcm nampak2 je) 😭

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat..
Kamu yang paling kuat..
Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020..😭💪

Komen Anda?
Related Post
Tersentuh Hati Kecil Ini Bila Pertama Kali Bersua Mata Dengan Anakanda Khairunnisa

“BILA Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!” Demikian pesanan Read more

Sekolah Pertama Di Negara Ini Memperkenalkan Sistem Imbasan Mata, SK Taman Perling Johor

Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru perkenal penggunaan sistem pengimbas wajah bagi merekodkan kehadiran murid Read more

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh

Polis Seremban Siasat Kes Budak Sekolah Bergaduh Polis Seremban sedang menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan Read more

Anak Murid Hadiahkan “Beyblade” Kepada Cikgu, Ini Sebabnya

lepas 2 bulan berkhidmat sebagai guru sandaran di SK Sg Telor, ada beberapa murid tahun Read more