Ummi Tak Nak Bawa Adik Pergi Mandi Kolam Kenapa??

Kanak-kanak memang pantang jumpa air. Sejuk macam mana sekalipun mereka boleh berendam dan bermain di dalam air berjam-jam lamanya. Lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas sebegini.

Kanak-kanak memang dilahirkan dengan sifat aktif, suka bermain, dan penuh rasa ingin tahu. Jadi, seelok-eloknya galakkan mereka untuk membuat aktiviti yang dapat meningkatkan potensi diri. Antara aktiviti yang terbaik adalah berenang.

Ini yang terjadi pada anak Pn rozita.. Bagi admin.. anak admin pun sama 2×5.. budak2 mmg aktif nak2 yang laki.. apepun situasi yang berlaku paling penting masih dalam pengawasan kita.. Memang Rare??

Terkejut ummi…Ada cikgu bgthu…”Ita anak ko main air!!”.Ingatkan sikit2 je…rupanya dia berenang…abgnya tegur..abgnya kena kejar??.

Bila tanya…jawapan dia…ummi xnak bawak adik Mandi kolam kenapa???. Ummi malas nak kejar..nanti dia lari keliling sekolah…Ummi y penat?

Seronok berganda2 bila ramai penonton.????

#Anak anugerah illahi.

Sumber : Rozita Abdul Razak

Berenang atau bermain air di kolam aktiviti yang sangat menyeronokkan. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun seronok bermain kolam. Rasa seronok dapat bergerak bebas dalam air, mengapungkan badan dan bermain bersama rakan atau pun keluarga. Sebab itulah apabila setiap kali musim cuti sekolah, kolam renang akan sentiasa penuh dengan orang ramai.

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan dengan tindakan kejam seperti membuang, membunuh, menjual serta mendera bayi tanpa berperikemanusiaan.

Facebook Comments