Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis, 13 Mei

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis (13 Mei) ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Selasa.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam norma baharu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara – Astro Awani

Komen Anda?