UKM FC & JDTII Hilang Mata, Semua Keputusan Perlawanan Membabitkan Pasukan Perlis Dibatalkan

Kemenangan UKM FC, JDTII tidak dikira

KUALA LUMPUR: Dua pasukan Liga Perdana, UKM FC dan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) akhirnya ‘melopong’ selepas kemenangan diraih mereka ke atas pasukan bermasalah, Perlis sebelum ini tidak dikira.

Ia susulan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan semua keputusan membabitkan pertemuan Perlis bagi tiga perlawanan diharungi mereka setakat ini tidak akan diberikan sebarang mata.

Badan pengelola liga itu dalam satu kenyataan menjelaskan, langkah itu konsisten dengan keputusan pernah diambil ke atas Kuantan FA yang dibatalkan penyertaan mereka musim lalu.

“Semua jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang sudah berlangsung membabitkan pasukan Perlis akan dikira kosong.

“Walaubagaimanapun, bagi kesalahan Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP), perkara tatatertib termasuk pengumpulan kad kuning dan perintah keluar padang atau kad merah adalah dikekalkan dan berkuatkuasa seperti biasa.

“Untuk makluman, pasukan Perlis akan dikeluarkan dari senarai jadual perlawanan serta kedudukan liga. Ini bermakna hanya 11 pasukan saja akan bertanding sehingga penghujung musim 2019,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Ketika UKM FC dan JDT II berduka, UiTM FC yang tewas 3-0 di tangan skuad bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid itu pasti tersenyum lebar selepas kekalahan itu tidak dikira.

Terdahulu, MFL mengekalkan hukuman menyingkirkan Perlis selepas mendapati skuad Singa Utara berdepan masalah tunggakan gaji pemain serta Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) tidak memiliki kewangan kukuh untuk terus bersaing musim ini.

Sumber : Berita Harian

Pembatalan keputusan perlawanan Liga Premier Malaysia musim 2019 yang melibatkan pasukan Perlis telah menyebabkan UKM FC dan pasukan Johor II telah kehilangan tiga mata penuh selepas mereka masing-masing mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Perlis sebelum ini.

 21 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?