Ujian Kemahiran Menembak Di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK PEGAWAI KANAN POLIS DAN PEGAWAI RENDAH POLIS BAGI MAKTAB TEKNIK PDRM BAKRI, MUAR JOHOR.

Ujian Kemahiran Menembak Senjata Api Rifle M16 A1 5.56 mm peringkat Maktab Teknik PDRM telah dilaksanakan pada 29 November hingga 2 Disember 2020 bertempat di lapang sasar Pusat Latihan Polis Segamat, Johor.

Ujian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian senjata api yang merupakan keperluan di dalam perlaksanaan tugas sebagai seorang pegawai polis.

Photo By Maktab Teknik PDRM Bakri

Taklimat berkenaan aspek keselamatan, pengenalan senjata api, prinsip asas menembak serta aturcara program telah disampaikan oleh Pegawai Lapang Sasar sebelum Ujian Kemahiran Menembak dijalankan.

Turut menyertai ujian menembak adalah YDH SAC Sulaiman bin Hussain, Komandan MTPDRM dan YDH ACP Hj. Md Khair bin Hj. Othman, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dan akan dirancang secara berkala di masa hadapan.

 57 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?