Ucapan Terima Kasih Daripada Pearly Tan, M.Thinaah

Ucapan terima kasih daripada beregu wanita negara Pearly Tan / M.Thinaah buat seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan buat skuad badminton negara. “This ia for you Malaysia”❤️🇲🇾

Pingat emas dalam acara badminton itu berjaya diraih selepas mereka menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di National Exhibition Center di Birmingham, England.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih pingat emas ketujuh di Sukan Komanwel tahun ini.

“Sasaran 6 pingat emas tercapai! Syabas dan tahniah juga kepada pengurus pasukan, jurulatih, atlet dan seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham,”

Kejayaan pasangan beregu negara itu juga sumbangan pingat terakhir buat Malaysia di Sukan Komanwel 2022, yang bakal menutup tirainya malam ini, selepas berlangsung sejak 28 Julai lalu.

Secara keseluruhan, Malaysia meraih tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa sepanjang temasya itu, yang menempatkan Malaydia di kedudukan ke-10 daripada 43 negara, setakat ini.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?