Tunku Temenggong Johor Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Alhamdulillah… Terima kasih Tuanku melawat dan membantu orang² Kampung. Daulat Tuanku…

TUNKU TEMENGGONG JOHOR LAWAT MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI

YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Mawai, Kota Tinggi pada hari ini (19 Disember).

Tunku Temenggong Johor yang Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia turut berkenan menyampaikan kurnian bantuan daripada DYMM Sultan Johor.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail turut mempersembahkan taklimat mengenai keadaan semasa banjir di daerah itu kepada Tunku Idris.

Seramai 207 mangsa banjir ditempatkan di SK Mawai, Kota Tinggi sejak 10 Disember lalu.

Marilah kita doakan saudara kita yang terkesan dengan bencana banjir ketika ini diberikan kekuatan serta ketabahan rohani dan jasmani dalam menempuhinya. Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Menjunjung kasih tunku. Allah peliharakan sultan❤?

Yang Amat MULIA Tunku Temenggong Johor TTJ
Tunku Idris Iskandar.
19 December 2019 Khamis
Sumbangan mangsa banjir KG mawai

Komen Anda?