Tunku Mahkota Johor Berkenan Menerima Menghadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memperoleh peluang berharga apabila dapat bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu yang mempamer aksi cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Lebih menarik, menerusi pertemuan itu, Tunku Ismail juga berkenan mengurniakan ganjaran kepada pelumba yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan.

Daulat Tuanku

Komen Anda?