Tunku Mahkota Johor Menyempurnakan Acara Majlis Pecah Tanah (TMIYC) Kedua

Alhamdulillah, perencanaan untuk memulakan pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Bandar Muar yang merupakan idea serta inisiatif Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sejak 2017 lagi yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi belia di negeri Johor dalam pelbagai bidang telah selamat disempurnakan hari ini.

Saya dan seluruh pasukan KBS menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor menyempurnakan acara majlis pecah tanah pada hari ini. Sesungguhnya keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Johor ini memberi makna dan erti yang cukup besar dalam memetrikan usaha pembangunan belia yang holistik dan visionary.

Pembangunan TMIYC di Stadium Sultan Ibrahim Muar yang berjumlah RM25 juta ini akan bermula pada Mei 2021 dan dijangka siap pada November 2022. TMIYC ini juga menempatkan pelbagai kemudahan baharu selain elemen naik taraf kemudahan sedia ada termasuklah padang bola sepak sintetik beserta lampu limpah, gelanggang sukan extreme, hab e-sports, gelanggang futsal berbumbung, asrama untuk kemudahan penginapan pengunjung dan juga kemudahan-kemudahan sokongan seperti surau, tandas, bilik persalinan serta kafe-kafe kontemporari untuk kemudahan para belia.

Pembangunan TMIYC yang ini juga merupakan terjemahan visi, telek pandang dan strategic thinking Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor untuk manfaat para belia di Johor.

Semoga dengan adanya TMIYC ini, para belia di luar sana dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan sebaiknya apabila sempurna pembinaannya kelak. Jadikan kompleks TMIYC ini sebagai pusat yang akan melahirkan generasi belia yang tinggi cita-cita, berpadu dan bermuafakat.

Sekalung terima kasih juga saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Johor, YB Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Daerah Muar serta semua yang terlibat dalam merealisasikan projek pembangunan ini.

HRH Crown Prince of Johor
KBSMalaysia

Sumber : Reezal Merican Naina Merican

Daulat Tuanku
Komen Anda?