Tunku Mahkota Johor Lawat Mangsa Banjir

TUNKU MAHKOTA JOHOR LAWAT MANGSA BANJIR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai dan Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Tampoi hari ini (3 Januari).

Sebanyak 226 mangsa banjir dari Kampung Sentosa Damai, Kampung Sentosa Barat serta Kampung Persiaran ditempatkan di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru.

Manakala, 238 keluarga dari Kampung Sri Jaya Baru, Kampung Sri Serdang dan Kampung Sri Serdang Baru ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh turut mempersembahkan perkembangan terkini keadaan banjir kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.

Daulat Tuanku
Komen Anda?