fbpx

Tunku Mahkota Ismail: Universiti Tempat Cari Ilmu, Bukan Sebar Ideologi Demi Kepentingan Individu, Politik

TUNKU MAHKOTA ISMAIL: UNIVERSITI TEMPAT CARI ILMU, BUKAN SEBAR IDEOLOGI DEMI KEPENTINGAN INDIVIDU, POLITIK

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bertitah menegaskan universiti merupakan institusi untuk mencari serta menyampaikan ilmu, dan bukannya tempat untuk menyebarkan ideologi demi kepentingan individu dan politik.

Pemangku Raja bertitah, pelbagai situasi berlaku di negara ini sehingga ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan fakta, merekacipta cerita atau menukarkan suatu kesalahan kepada kebenaran.

Baginda yang juga Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen Ke-19 UTHM di Dewan Sultan Ibrahim, Batu Pahat hari ini (19 Oktober).

Pemangku Raja berkenan berangkat sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga Canselor UTHM.

Seramai 4,699 graduan akan menerima ijazah masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen Ke-19 UTHM yang berlangsung bermula hari ini sehingga 21 Oktober ini.

Pada konvokesyen kali ini, Baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Institusi Diraja) kepada Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli.

Penganugerahan itu bagi menghargai jasa dan sumbangan Dato’ Abdul Rahim dalam mengangkat martabat Institusi DiRaja Johor selain sumbangan beliau kepada pentadbiran Negeri dan masyarakat khususnya Bangsa Johor.

#sultanjohor

#royalpressoffice

#johor

Komen Anda?