Tumpuan Kini Beralih Kepada Piala Malaysia

SAINGAN 100 TAHUN PIALA MALAYSIA DIJANGKA SENGIT

Dua pasukan yang mengisi balang 2 menjelang undian TM Piala Malaysia 2021, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC dijangka menjadi pasukan yang mahu dielakkan oleh kebanyakan pasukan terutama empat pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC dan Terengganu FC dari balang 1 menjelang undian 100 tahun Piala Malaysia yang akan berlangsung esok.

Nantikan majlis undian pada Rabu, 15 September, jam 2 petang! 📅

11 pasukan Liga Super telah mengesahkan tempat selain 2 pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC sementara baki tiga lagi slot ke TM Piala Malaysia akan ditentukan antara empat lagi pasukan Liga Premier iaitu membabitkan PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC.

Selain balang satu dan dua, balang tiga akan menyaksikan empat pasukan dari tangga kesembilan hingga sebelas Liga Super iaitu Sabah FC, Sri Pahang FC dan Perak FC manakala satu lagi akan diisi juara Liga Premier manakala balang empat antara pasukan di tangga kedua hingga kelima Liga Premier, tanpa mengambil kira kedudukan pasukan Reserve Team. Sumber : MFL

Juara Liga Super lapan musim berturut-turut musim ini, Johor Darui Ta’zim (JDT) mengintai peluang untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia pula yang bakal menyingkap tirainya hujung bulan ini.

Malah, kejayaan melakar kemenangan 11 kali berturut-turut selepas menewaskan KL City FC 2-1 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, mampu menjadi tonik terbaik buat Harimau Selatan untuk memburu piala berprestij.

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut sejak 2014, layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2022, manakala naib juara Liga Super musim ini Kedah mengisi slot ke Piala AFC 2022.

Komen Anda?