Transaksi Tol Menggunakan RFID Bagi Laluan Di Sepanjang Juru Skudai Di Lebuhraya PLUS Diaktifkan

Transaksi tol menggunakan RFID bagi laluan di sepanjang Juru-Skudai di Lebuhraya PLUS telah bermula pada jam 10 malam, hari ini (15 Januari 2022) untuk pelanggan kenderaan penumpang persendirian (kelas 1).

PLUS menerusi Laman Media Sosial Facebook memaklumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.

Dengan pelaksanaan tersebut, semua 83 plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan telah dilengkapi dengan sistem RFID.

Di Lebuhraya PLUS, sistem RFID disokong dengan sistem ANPR (Automated Number Plate Recognition – ANPR) dan Pusat Validasi Tol untuk pelanggan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih baik di lorong tol.

Dengan RFID, pelanggan lebuh raya berpeluang menikmati perjalanan dan perkhidmatan lebuh raya yang lebih baik berbanding pilihan pembayaran sedia ada.
Untuk mendapatkan dan memasang tag tersebut melalui Pusat Pemasangan RFID, rujuk pautan. https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Selain lokasi tersebut, anda juga boleh mendapatkan tag tersebut secara online melalui pautan https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag

Untuk maklumat lanjut sila klik https://rfid.touchngo.com.my/faq atau https://rfid.plus.com.my/faq.html

Pelanggan lebuh raya diingatkan supaya menggunakan lorong dan mod pembayaran tol yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya. 

Elakkan menggunakan lorong tol atau mod pembayaran yang berlainan ketika masuk dan keluar untuk mengurangkan kesulitan di lorong tol.

Lorong Touch ‘n Go dan smartTAG masih diterima (Sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kepada pengguna).

Komen Anda?