TMJ Sumbang RM30,000 Kepada Mangsa Kebakaran Majlis Tunang

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran rumah ketika majlis pertunangan di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, baru-baru ini.

Sumbangan berjumlah RM30,000 disampaikan oleh Setiausaha Sulit Tunku Ismail kepada pemilik kediaman, Jahurin Tukiran hari ini.

Sementara itu, anak kepada Jahurin, Nur Hidayah, 20, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada TMJ yang sudi menghulurkan bantuan.

“Dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga, terima kasih TMJ (Tunku Ismail) dan seluruh kerabat Diraja Johor serta orang ramai yang tak putus-putus menghulurkan sedekah.

“Sekarang ini kami enam sekeluarga berteduh di sebuah rumah sewa berdekatan dengan rumah kami, semuanya diuruskan oleh seorang hamba Allah ini,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 28 Mac lalu, insiden kebakaran itu tular di media sosial susulan kejadian hanya kira-kira sejam sebelum satu majlis pertunangan diadakan.

Kebakaran berlaku pada pukul 1.18 tengah hari memusnahkan hampir 80 peratus rumah pusaka berusia 100 tahun tersebut serta sebuah motosikal termasuk makanan untuk tetamu selain khemah turut dijilat api.-K! ONLINE

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan sumbangan kepada Tuan Haji Jahurin Bin Tukiran, mangsa kebakaran rumah di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri baru-baru ini.

Sumbangan kurnia dari Baginda berjumlah RM30,000.00 tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Sulit DYAM Tunku Mahkota Johor.

Kejadian kebakaran yang berlaku sejam sebelum majlis pertunangan anak mangsa pada hari Ahad, 28 Mac 2021 telah memusnahkan keseluruhan rumah mangsa. Allah Peliharakan Sultan.

Syukur Alhamdullillah…menjunjung kasih Tunku ❤💙

 686 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?