TMJ Sekali Lagi Meluangkan Masa Di Bazar Ramadan Muar, Johor

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di Masjid Al-Hikmah, Pt Kadhi Muar pada 30 Mei 2019.

YAM Tunku Idris turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan golongan yang kurang bernasib baik bagi persiapan meraikan Aidilfitri akan datang. Allah Peliharakan Sultan.

TMJ Berangkat Ke Bazar Ramadan Pusat Perniagaan Kg Tengah Sg Abong Muar, Bersama – Sama Penduduk – Penduduk Sg Abong Dan Sekitarnya Petang Tadi..

TERBAIK TMJ

I LOVE YOU TOO, MUO. TERIMA KASIH, JUMPA LAGI!

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sekali lagi meluangkan masa bersama Bangsa Johor di Bazar Ramadan Muar, Johor sambil membeli juadah berbuka puasa pada hari ini, 30 Mei 2019.

Allah Peliharakan Sultan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berangkat hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya pada 30 Mei 2019.

Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri akan datang. Allah Peliharakan Sultan.