TMJ Sekali Lagi Akan Ke Daerah Muar Diatas Permintaan Yang Amat Memberangsangkan

I LOVE YOU TOO, MUAR

Atas permintaan yang amat memberangsangkan dari Bangsa Johor di Muar, saya sekali lagi akan ke daerah tersebut untuk berjumpa dengan rakyat di sana. Saya juga akan ke daerah-daerah lain sekali lagi untuk berjumpa dengan Rakyat walaupun selepas bulan Ramadan. Selamat berbuka puasa.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

MUAR 9 Mei – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan kejutan apabila melawat dan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan Stadium Muar, di sini petang tadi.

Kehadiran putera sulung Sultan Johor itu mencuri tumpuan orang ramai sebelum dikerumuni apabila pengunjung dan peniaga menyedari kehadirannya yang singgah di bazar itu secara tiba-tiba.

Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira setengah jam melihat serta membeli juadah selain sempat beramah mesra dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

Peluang tersebut diambil para pengunjung untuk berswafoto bersama-sama Tunku Ismail yang tidak lekang dengan senyuman semasa bertemu mereka.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa dan beramah mesra bersama Bangsa Johor di Bazar Ramadan Muar, Johor pada hari ini, 9 Mei 2019. Allah Peliharakan Sultan.

Daulat Tuanku