TMJ Menerima Kunjungan Daripada Delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Datuk Hamidin Hadiahkan Jersi Baharu Harimau Malaya Kepada Tunku Ismail

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, hari ini telah menyerahkan sendiri jersi baharu Harimau Malaya kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada Tunku Ismail yang merupakan mantan Presiden FAM sebelum ini yang mana baginda masih terus bersama memberikan sokongan terhadap bola sepak negara sehingga ke hari ini.

Pada kesempatan itu juga, Datuk Haji Hamidin turut berbincang dan bertukar pandangan bersama Tunku Ismail mengenai persediaan dan persiapan pasukan kebangsaan bagi menyambung saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac depan serta perjalanan saingan Liga Malaysia musim 2021.

Jersi Malaysia 2020-2022 ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 4 Disember 2020.

FAM #HarimauMalaya #NikeMalaysia

Photo by FAM

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima kunjungan daripada delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 7 Disember 2020. Allah Peliharakan Sultan.

Komen Anda?