fbpx

TMJ Berangkat Menyusuri Sungai Skudai Meninjau Dan Memantau Persekitaran

“Daulat Tuanku”

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berangkat menyusuri Sungai Skudai, Johor Bahru pada hari ini, 21 Ogos 2019 bersama Menteri Besar Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Pegawai Daerah Johor Bahru, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Pengarah Badan Kawaselia Air Negeri Johor bagi meninjau dan memantau sendiri situasi terkini persekitaran Sungai Skudai yang telah dibersihkan secara berperingkat dan teratur oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pemangku Raja bertitah kepada Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri supaya melakukan pembersihan berkenaan dengan pencemaran dan juga pengurusan air secara besar-besaran di seluruh Negeri Johor. Baginda akan terus memantau tahap kebersihan sungai dan usaha-usaha yang dilakukan seperti di Sungai Skudai, Sungai Pasir Gudang dan juga di Sungai Tebrau serta akan memantau sungai-sungai di setiap daerah. Allah Peliharakan Sultan.

Komen Anda?