TMJ Berangkat Melawat Mangsa Bencana Banjir Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Menjunjung Kasih Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang telah berangkat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) SK Teluk Ramunia, PPS SJKC Yok Poon dan PPS SK Sg Rengit, Pengerang.

Keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Johor tiada tolok bandingnya terhadap Bangsa Johor ketika ditimpa musibah banjir. Majlis Belia Negeri Johor dan Majlis Belia Daerah-Daerah seluruh Johor siap siaga untuk membantu mangsa banjir di seluruh negeri Johor.

Daulat Tuanku!
HRH Crown Prince of Johor

Turut bersama Presiden Majlis Belia Negeri Johor(MBNJ), Tuan Haji Md Salleheen Bin Mohamad, Exco MBNJ, Sdr. Aznan, SU Kerja MBNJ, Sdr. Nor Mohamad Shawaludin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, Sdr. Mohd Fauzan dan para belia berpersatuan di kawasan Pengerang.

Photo by MBNJ
Daulat Tuanku

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Poon dan Sekolah Kebangsaan Sg Rengit, Kota Tinggi pada 11 Januari 2021. Allah Peliharakan Sultan.

Komen Anda?