TMJ Bantu Usaha Ebit Lew

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membantu usaha pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang aktif membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

Dalam hantaran Facebook rasmi Tunku Ismail, memaklumkan baginda menerima mengadap Ebit Lew hari ini. 

Titahnya, sejak kebelakangan ini Ebit Lew sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas. 

“Saya juga memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya. 

“Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah,” titahnya yang dimuat naik dilaman sosial HRH Crown Prince of Johor.

Sementara itu menerusi hantaran di laman Facebook Ebit Lew berkata, Tunku Ismail menghadiahkan RM200,000 bagi misi bantuan dan menyatakan hasrat mahu menaja pasukan bantuannya untuk menunaikan umrah..

Sumber : Harian Metro

Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.

Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya.

Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Daulat Tuanku
Komen Anda?