fbpx

Tidak Serik Kena Cekup – PPM Wilayah 2

Tahniah Kepada Pihak Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

TIDAK SERIK KENA CEKUP

Kota Tinggi , 17 Ogos – Seorang warga emas yang menjalankan aktiviti menjual dan menghantar rokok tidak sah dicekup untuk kali kedua oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Pengerang pada petang semalam.

Serbuan pada petang semalam dilakukan oleh sepasukan 4 anggota Polis (PPM) Pengerang yang menjalankan Op Landai telah menahan sebuah kereta proton Iswara dipandu oleh seorang lelaki cina semasa sedang menghantar rokok kepada pelanggan di kawasan Felda Bukit Apeng Barat Kota Tinggi dan kawasan Kuala Sedili. Semasa pemeriksaan dilakukan, Pasukan serbuan menemukan sejumlah 3160 bungkus rokok putih dan 740 bungkus rokok kretek pelbagai jenis disorok dibahagian tempat duduk penumpang belakang dan dalam bonet.

Rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah Rm 44,811.97.

Lelaki tempatan berusia 59 tahun di tahan dibawah Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut termasuk sebuah kenderaan jenis proton iswara dirampas. Lelaki tersebut menjadikan kawasan ladang sebagai pasaran rokok seludup.

Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

KOMITMEN PPMW2 DALAM MENJALANKAN AMANAH BERLANDASKAN PRINSIP JUJUR & IKHLAS.

Komen Anda?
Related Post
Memperkasakan Kerjasama Kepolisan Perairan Dua Negara

MEMPERKASAKAN KERJASAMA KEPOLISAN PERAIRAN DUA NEGARA Pontian, 21 Januari 2020 ( Selasa ) - Pasukan Read more

Pasukan Polis Marin Muar Tekad Basmi Amalan Destruktif

MARIN MUAR TEKAD BASMI AMALAN DESTRUKTIF Muar, 12 Jun 2019 ( Rabu ) - Sejumlah Read more

Tindakan Proaktif Cegah Kemalangan Laut

TINDAKAN PROAKTIF CEGAH KEMALANGAN LAUT Johor Bahru, 8 Jun. Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPM Read more

Polis Marin Iringi Lawatan Kapal Persiaran Europa 2

POLIS MARIN IRINGI LAWATAN KAPAL PERSIARAN EUROPA 2 Mersing, 25 April 2019 (Sabtu) - Tugas Read more