fbpx

Tidak Kesampaian Apabila Tewas 1-3 kepada Indonesia

Keputusan penuh akhir #BATC2020 pasukan lelaki:‬

Indonesia 🇮🇩 3-1 Malaysia 🇲🇾

Nasib tidak menyebelahi skuad negara selepas tumpas kepada juara bertahan yang menguasai perlawanan sebentar tadi. Kesemua 3 mata pihak lawan adalah menerusi straight sets. Good fight, guys! #KamiTeamMalaysia

Photo By Team Malaysia

Malaysia dikecewakan Indonesia

HASRAT skuad lelaki negara untuk muncul juara Kejohanan Berpasukan Asia tidak kesampaian apabila tewas 1-3 di kepada Indonesia pada aksi final hari ini.

Berlangsung di Rizal Memorial Coliseum, Manila, barisan pemain Indonesia nyata lebih unggul mendominasi perlawanan sekali gus mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas 20-22, 16-21 di tangan Anthony Ginting.

Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diharapkan mampu menyamakan kedudukan nyata gagal memenuhi impian yang diharapkan.

Gandingan negara itu gagal mengekang kelincahan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo apabila tewas 20-22, 16-21 hanya dalam tempoh 30 minit.

Ketika skuad negara diambang kekalahan selepas ketinggalan 0-2, Cheam June Wei menghidupkan peluang apabila mengejutkan Jonatan Christie 21-16, 17-21, 24-22.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang diharapkan mampu menyamakan kedudukan untuk mengheret saingan ke perlawanan penentuan, gagal memenuhi tugasan itu apabila tewas kepada pasangan Mohammad Ahsan-Fajar Alfian 18-21, 17-21.

Sumber : Harian Metro

Skuad badminton lelaki negara membawa pulang pingat Perak buat kali pertama di #BATC2020! 🥈‬

Satu kemajuan yang baik‪ untuk mereka menjelang kejohanan akan datang. Mereka telah lakukan sehabis baik. Balik ni, kena prepare untuk #ThomasCup 2020 Mei nanti. #KamiTeamMalaysia

Photo By Badminton Association of Malaysia – BAM
Komen Anda?