The Sevens Stadium, JDT Perkenal Pemain Baru Di Sesi Latihan

JDT memulakan sesi latihan pertama di The Sevens Stadium untuk aksi pra musim bertemu kelab dari MSK Zilina pada 25 Januari ini.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) Turut berada di Dubai bersama keseluruhan skuad JDT. Ia susulan gambar Tuanku bersama Syahmi Safari, Pemain Baru Kelab BolaSepak JDT yang telah di muat naik di laman Facebook rasmi Official Johor sebentar tadi.

Selain itu Kelab BolaSepak JDT turut mengumumkan seorang lagi pemain dari Sepanyol Moussa Sidibe berumur 27 tahun yang menyertai JDT ketika latihan pra musim di Dubai.

Pengenalan pemain kelahiran Mali itu dimaklumkan menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, tengah malam tadi.

Menerusi klip video tersebut memaparkan pemain sayap yang memiliki kerakyatan Sepanyol itu menyertai skuad Harimau Selatan yang menjalani siri perlawanan persahabatan pra-musim di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu.

Kehadiran Sidibé itu yang mengenakan kit latihan JDT disambut oleh Ketua jurulatih, Benjamin Mora sebelum menjalankan latihan bersama pasukan.

JDT boleh dianggap mempunyai ‘kedalaman’ barisan pemain dalam menghadapi musim 2022 yang serba padat dengan Liga Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia).

Kekuatan sebenar dalam JDT adalah semangat kerjasama yang ditunjukkan di dalam padang dan luar padang. Kerjasama ini juga dilihat bukan sahaja untuk pemain tetapi untuk pengurusan kejurulatihan dan tidak ada jurang diantara mereka.

LuaskankuasamuJohor

Komen Anda?