fbpx

Terima Kasih Wira Negara Koperal Asman Ongkal

Mayat Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Sandakan, di sini, semalam, ditemui pasukan keselamatan, jam 6.22 petang tadi.

Mangsa Koperal Asman Ongkal, 40, yang bertugas di Batalion 15 Sandakan, ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian bot karam berkenaan.

Tindakkan berani beliau yang menyelamatkan 27 orang pelajar dan 9 orang awam sehingga mengorbankan nyawanya sendiri adalah sesuatu yang luar biasa dan sememangnya layak digelar Perwira Negara.

Innalillahiwainnahilaihirojiun….

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah ampuni dan rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ….

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Sumber : Pasukan Polis Marin

Komen Anda?
Terima kasih kerana terus berada di rumah!

Duduk rumah, penjarakan sosial, amalkan kebersihan, putuskan rantaian penularan Covid-19 dan ikuti saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa.