Terima Kasih, Kerajaan Benar Keluar Simpanan KWSP

Terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob diatas kebenaran pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.00.

Walaupun ini merupakan keputusan yang sukar untuk dibuat memandangkan ianya merupakan simpanan untuk kegunaan kelak, namun pengeluaran ini adalah salah satu cara dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira apabila bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun keputusan yang sukar kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Berdasarkan ciapan Twitter rasmi Ismail Sabri, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Perincian pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh @ MOFmalaysia dan @ KWSPMalaysia

“Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu. 

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Katanya, kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. 

“Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. 

“Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP,” katanya. 

Menurutnya, walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” katanya. Sumber : Harian Metro

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?