Terima Kasih JDT Kerana Memberikan Penghormatan Sebagai Pasukan Pertama Merasmikan Stadium Sultan Ibrahim

PERLAWANAN PERSAHABATAN PERTAMA JDT TAHUN 2020 MENENTANG KUCHING FA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam perlawanan persahabatan pra-musim pertama mereka menentang Kuching FA di Stadium Baru JDT iaitu “Stadium Sultan Ibrahim”

Para penyokong Merah Biru dan tidak ketinggalan semua peminat bola sepak seluruh tanah air pastinya teruja bertandang serta menikmati aura dan atmosfera stadium baharu Harimau Selatan.

Siapakah? nanti yang akan turun pada perlawanan piala Sumbangsih menentang Kedah pada 28 Feb 2020 nanti, Sama2 kita nantikan. Insyaallah.. tidak mustahil Stadium Sultan Ibrahim tidak perlu menunggu lama untuk melihat Harimau Selatan menjulang trofi baru di stadium baru itu.

Stadium Sultan Ibrahim adalah antara tiga venue baharu yang akan digunakan di saingan Liga Malaysia pada musim akan datang.

Selain daripada stadium bola sepak sepenuhnya yang boleh memuatkan 40,000 penonton pada setiap perlawanan, dua stadium lain yang akan turut digunakan pada musim akan datang ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu FC) dan Stadium UKM Bangi (UKM FC).

JDT mencipta sejarah tersendiri di dalam kancah saingan bola sepak di negara ini apabila memiliki stadium sendiri mulai musim hadapan.

“Kepada penyokong-penyokong JDT pula menuntut kesetiaan dan sokongan penuh kita semua di stadium baharu nanti. DYAM Tunku Mahkota Ismail dan JDT sudah lakukan macam-macam untuk kita dan sudah pasti inilah masa untuk kita balas segalanya.”

Antara Pemain-pemain yang Kelihatan dalam aksi persahabatan

Photo By : JOHOR Southern Tigers

Barisan kejurulatihan pasti memastikan para pemain berada dalam keadaan yang cukup cergas sebelum terbang ke Dubai bagi menghadapi kempen pra-musim menentang beberapa kelab yang sudah dijadualkan.

Kecergasan dan keserasian pemain amat dititikberatkan bagi memastikan musim 2020 yang baik – termasuk penglibatan dalam Liga Juara-Juara AFC. Luaskan Kuasamu Johor.

FIRST JDT FRIENDLY MATCH AT SULTAN IBRAHIM STADIUM

JDT [4-0] KUCHING FA

(Diogo Luís Santo 35’ / Hazwan Bakri 65’ / Leandro Sebastián Velázquez 69’ / Liridon Krasniqi 71’)

Kuching FA Berterima Kasih

Terima kasih JDT kerana memberikan penghormatan kepada pasukan Kuching FA sebagai pasukan pertama merasmikan Stadium terbaru Pasukan JDT, Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan persahabatan sebentar tadi.

Dari FB : Kuching FA

Semoga Stadium Baru JDT Konsep Dan Rekabentuk yang cantik dan canggih ini mampu menaikkan perkembangan bolasepak di Johor ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Jangan Lupa!!!

Saksikan sebuah ‘Legacy Lit’ di Pelancaran Jersi 2020 Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)!

Gegarkan, beli jersi dan dapatkan PAS MASUK ke Perasmian Stadium Sultan Ibrahim!

Tarikh: 1-2 Februari 2020

Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru

Merah dan Biru menjadi satu, Cetusan Legasi Luaskan Kuasamu. Formasi Merah dan Biru!

Gegarkan stadium anda yang baharu!

Facebook Comments