Terima Kasih Gonzalo Cabrera

Ia merupakan sebuah pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang zaman untuk Liga Super Malaysia (43 gol) dan Kesemua Pertandingan (66) dalam 152 penampilan sejak 2017.

Sudah tiba masanya untuk berpisah tetapi ianya merupakan penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya.

Juara Liga Super Malaysia 2017-2021
Juara Piala Sumbangsih 2018-2021
Juara Piala Malaysia 2017 & 2019

LuaskanKuasamuJohor

JDT ucap selamat tinggal kepada Cabrera

JOHOR BAHRU: Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tidak akan menyambung kontrak pemain sayap kiri pasukan itu, Gonzalo Cabrera bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Menerusi kenyataan pada akaun rasmi kelab, Johor Southern Tigers hari ini, ia menyatakan ucapan terima kasih kepada pemain import dari Argentina itu yang tidak akan bersama skuad Harimau Selatan musim depan.

“Ia merupakan pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak kelab berkenaan.

“Dengan menjaringkan 43 gol sepanjang bersama JDT dalam saingan Liga Super dan juga 66 gol dalam semua pertandingan tatkala membuat 152 penampilan sejak musim 2017.

“Sudah tiba masanya untuk berpisah tapi ianya merupakan penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya,” kata kenyataan berkenaan.

Sepanjang bersama JDT, Cabrera berjaya membantu pasukan itu muncul juara liga sejak 2017 hingga 2021 selain Piala Sumbangsih (2018 hingga 2021) dan Piala Malaysia (2018 dan 2019).

Pada awalnya nama Cabrera disebut-sebut untuk menjadi pemain naturalisasi namun dengan perkembangan baharu itu, import kelahiran Buenos Aires itu jelas tidak akan mewarnai skuad Harimau Malaya selepas beraksi di Liga M selama lima musim.

Ketika ini Shane Lowry mengisi slot kuota Asia dan dengan ketiadaan Cabrera kemungkinan JDT akan membawa masuk tonggak import bagi menguatkan jentera serangan namun belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pengurusan kelab berkenaan..

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?