Terima Kasih Atas Segalanya

JDT membuka lembaran baharu kepada bola sepak Malaysia selepas menjadi kelab tempatan pertama untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dengan mengalahkan Ulsan Hyundai 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini.

Pengurusan, pemain dan penyokong yang seiring akan memberi satu keputusan yang baik tanpa diduga.

Terima kasih TMJ atas segalanya buat bola sepak negeri Johor. Sekali lagi satu sejarah tercipta. Pertama kali kita layak ke pasukan enam belas terbaik di AFC Champions League.

Alhamdulillah

Menitis air mata apabila melihat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan jurulatih JDT, Mora menangis ketika siaran langsung ketika JDT menewaskan Ulsan Hyundai 2-1, dalam perlawanan terakhir kumpulan I ACL sebentar tadi.

TMJ dalam hantaran di instagramnya sebentar tadi memuat turun beberapa keping gambar detik-detik bersejarah sehingga melayakkan pasukannya ke 16 pasukan ke peringkat kalah mati buat pertama kalinya.

Moga skuad merah biru akan terus mengecapi kejayaan bukan sahaja di peringkat tanah air malah ke peringkat Asia dan terus berjaya dalam saingan ACL kali ini.

Untuk rekod, JDT pernah muncul juara di peringkat kelab-kelab Asia apabila memenangi Piala AFC pada 2015 lalu yang dianggap saingan kedua berprestij selepas ACL. 

Malah, ia adalah pencapaian hebat dari rantau Asia Tenggara ini, di mana masih tiada kelab yang mampu mengulangi kejayaan bersejarah kelab dari Malaysia itu.

Akhirnya Skuad Harimau Selatan berjaya dalam misi melayakkan diri ke pusingan berikutnya selepas dua percubaan iaitu pada 2019 dan 2021 gagal apabila terkandas di peringkat kumpulan, manakala pada musim 2020 menyaksikan JDT menarik diri ekoran Covid-19.

Sementara itu, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Kawasaki Frontale dari Jepun mencatat kemenangan ketiga apabila menumpaskan pasukan di kedudukan tercorot, Guangzhou FC 1-0.

Malam yang sangat indah sebelum kita meraikan hari raya aidilfitri.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?