Ebit Lew satu nama yang bukan calang calang dan dikenali seluruh rakyat Malaysia. Beliau menjadi terkenal bukan kerana terlibat dalam nyanyian atau pun seorang selebriti tetapi beliau terkenal kerana keikhlasan beliau membantu orang susah.
Dimana ada orang susah atau memerlukan bantuan sudah pasti Ebit Lew akan sampai untuk membantu.
Ebit Lew dan ahli pasukan beliau telah merantau seluruh pelusuk Malaysia untuk membantu orang orang yang memerlukan.
Melalui laman rasmi TMJ, @HRH Crown Prince of Johor satu posing telah dimuat naik dimana TMJ menerima kehadiran Ebit Lew. Ini kata kata TMJ.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Ustaz Ebit Lew, penceramah dan pendakwah bebas di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi pada 26 Februari 2021.
DYAM Tunku Mahkota Johor dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim turut menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan dalam usaha kebajikannya. Allah Peliharakan Sultan.
HRH TMJ & JDT CONTRIBUTE TO USTAZ EBIT LEW'S HUMANITARIAN EFFORTS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 26, 2021
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor received in audience religious teacher and preacher Ustaz Ebit Lew at Polo Club, Pasir Pelangi Palace on 26 February 2021.
[1/2] pic.twitter.com/mNpkmni5Ml

Terharu gembira dapat mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor di Istana tadi.
Ebit Lew
Terharu Tunku risau keadaan rakyat. Kesusahan dan penderitaan mereka. Berbincang dan menyokong usaha saya lakukan. Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat. Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan kita semua.

Teringat kisah Khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat. Subhanallah. Semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga. Tadi Tunku dan JDT memberi sumbangan banyak Rm100 ribu. Baru ini Rm200 ribu. Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu. Ada masalah apa-apa. Terasa malu dan segan. Saya cuma orang biasa. Tapi Tunku TMJ layan macam kawan-kawan sahaja. Allahuakbar. Ustaz turun Johor singgah sini. Kita bagi bilik semua. Boleh berkongsi demi rakyat.
Allah sayang TMJ. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan-ebitlew
Sumber : FB Ebit Lew
Allah Peliharakan Sultan
31 Total Views, 1 Views Today