Terengganu FC (TFC) Membenam Melaka United 5-0

Jaringan hatrik kapten, Kipre Tchetche membantu Terengganu FC (TFC) membenam Melaka United 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Kemenangan keempat berturut-turut itu membantu TFC mengutip mata ke-29 musim ini, tiga mata di belakang Negeri Sembilan yang menghuni kedudukan ketiga liga.

Turun selaku finalis Piala FA, Sang Penyu membuka tirai jaringan menerusi tandukan kemas Kpah Sherman berpunca hantaran lintang Faisal Abdul Halim pada minit ke-16.

TFC terus menguasai permainan namun bola tolakan Tchetche (m-37) dikeluarkan Muhd. Fauzan Fauzi di atas garisan gol manakala tindakan susulan Manuel Ott pula tinggi melepasi sasaran.

Bersambung babak kedua, Sang Penyu semakin bernafsu dan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim berjaya menyudahkan gerakan Faisal untuk gol menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-62.

Hampir 7,000 penyokong TFC terus ceria apabila gerakan satu dua Tchetche dan Ott pada minit ke-67 menghasilkan gol ketiga hasil rembatan luar kotak penyerang kelahiran Ivory Coast itu.

Tchetche menjaringkan gol kedua peribadi dan keempat TFC pada minit ke-75 sebelum melengkapkan hatrik juga hasil umpanan Faisal pada minit ke-81. – UTUSAN ONLINE

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?